Salam Ukhwah...:)

Photobucket

Ahad, 30 Januari 2011

Kembara Hari Ini


AlHamdulillah..Allah S.W.T masih berikan ruang dan peluang untuk mencoret seutas tinta ketika diri mendengari nyanyian lagu merdu penyanyi tersohor Anuar Zain "Terlebih Sudah".. serasa diri amat bertuah kerana dikurniakan nikmat yang tidak terhingga..AlHamdulillah..syukur ya Allah :).
Urm..bukan ingin berkongsi apapun kali ini, tetapi ingin berkongsi rasa, detik diri sudah mulai menginjak alam dewasa. Memegang amanah sebagai khalifah-Nya..di samping perlu melunaskan tanggungjawab sebagai permata hati bagi ayah dan bonda tercinta serta akauntabiliti sebagai pendidik anak bangsa, bukan satu tugasan yang mudah semudah kita tuturkan dan senantiasa kita lihat serta utarakan. Namun kesemua ini memerlukan keikhlasan, kekuatan kerohanian dan kesihatan luaran, keteguhan, ketetapan hati, keimanan yang utuh, ketaqwaan yang tinggi serta memerlukan rencah kesabaran agar kesemua tanggungjawab ini dapat dilunaskan dengan mengikuti jalan yang lurus. AlHamdulillah, hari ini berasa senang hati sekali, dapat menggembirakan hati bonda tercinta. Moga bonda dipanjangkan usia dan beroleh kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat, amin..=) Namun, langit tidak selalunya cerah, hari ini saya telah melukakan hati seorang teman. Mohon sejuta kemaafan kepada teman yang telah terluka, ianya tidak disengajakan. Maafkan temanmu ini. Semoga ikatan antara kita diberkati-Nya dan kekal di dunia sampai di alam sana..amin:)

Justeru, apa jua amanah yang diberikan-Nya, sambut ia, penuhi ia dengan sepenuh hati, bukannya kerana terpaksa, tetapi ikhlaskanlah hati dan sentiasa optimis dalam menghadapi apa jua yang mendatang.. insyaAllah, haati terasa lapang, gundah gulana jauh sekali, resah hilang dalam bayang-bayang.

Selamat mencuba resipi keikhlasan hati..dibaluti kejujuran dan kasih sayang..

1 ulasan:

  1. Strange "water hack" burns 2lbs overnight

    Well over 160,000 women and men are using a easy and secret "water hack" to burn 2 lbs each night while they sleep.

    It is proven and works with everybody.

    Just follow these easy step:

    1) Go get a clear glass and fill it up half full

    2) Proceed to follow this weight loss HACK

    you'll become 2 lbs skinnier in the morning!

    BalasPadam